soup.?

soup.?

Sunday, December 11, 2011

Milo Pudding Recipe

hai semua assalamualaikum..
huh serius rasa macam dah lama gila tak update..
busy sikitlah minggu ni..
almaklumlah, minggu lepas kan dah cuti seminggu..
so macam banyak lah bende yang kene catch up plus exam-exam yang tertangguh.
tapi, still sempat memasak hari-hari sibuk ni.
muahahaha

ok, hari ni saya nak share resipi puding milo.
resipi asal daripada sini.
chocolate pudding sebenarnye tapi serbuk coklat saya habis, saya ganti dengan milo.

Bahan-bahan:
1cawan tepung
1/3cawan gula
2sb milo
2sk baking powder
1/2cawan air
1sk esen vanila
1/3cawan gula perang
1/4cawan milo
1cawan air panas

Cara-cara:
1. Campurkan 6 bahan pertama daripada senarai di atas.
2. Kemudian, letakkan kertas minyak dalam bekas(loyang) sebagai alas dan tuangkan campuran 6 bahan tadi.
3. Selepas itu, taburkan campuran gula perang dan milo ke atas campuran dalam bekas dan siramkan air panas sesudah itu.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170-180degree selama 40-45minit.




tadaaaa siap!
senang je kan?actually kuantiti gula saya dah kurangkan dalam resipi saya ni berbanding resipi asal sebab terlampau manis-_-"
boleh dihidangkan panas/sejuk/suhu bilik tapi jangan dibekukan tau sebab nanti pudding jadi cair.

SELAMAT MENCUBA^^

p/s:pada pendapat saya lah kan, resipi ni boleh digantikan dengan perisa yang kita suka. nanti saya nak cuba guna buah-buahan pulak la sebagai perasa=D