soup.?

soup.?

Sunday, December 11, 2011

Spaghetty Aglio Olio

hai hai assalamualaikum..
hehe cerita resipi tak habis lagi ni.
amek kau, lysa balas dendam seminggu tak berblogging.
ngehehe

actuallly, saya baru je cuba-cuba nak ceburkan diri dalam resipi selain masakan melayu ni.
even sebelum ni pernah je buat chicken chop kan, saya sebenarnya memang tak pernah masak spageti.
sebab, saya pernah cuba buat perasa sendiri untuk spageti saya dan rasanya sangatlah tak sedap.
spageti tomyam saya buat. mungkin sebab terletak perencah tomyam banyak sangat, rasa masam gila.
dan sejak tu saya takut nak masak spageti. hehe
kalau teringin pon, saya makan kat kedai atau beli perencah spageti dah siap.

so saya terasa nak share resipi spageti yang saya baru cuba masak hari jumaat lepas.
Spaghetty Aglio Olio^^
resipi asal daripada sini.

Bahan-bahan:
bawang putih
minyak zaitun
spageti
makanan laut(udang, clam etc)
sayur-sayur(cendawan, broccoli etc)
serbuk daun parsley
serbuk oregano
serbuk lada sulah
garam
cili padi(optional. saya letak sebab saya suka pedas)

Cara-cara:
1. Rebus spageti sampai masak(letak satu sudu minyak supaya tak melekat-lekat dan sedikit garam)
1. Panaskan olive oil dalam kuali dan tumiskan bawang putih (dan cili padi) sampai naik bau.
2. Masukkan makanan-makanan laut dan sayur-sayur.
4. Masukkan spageti yang dah direbus tadi berserta  serbuk-serbuk dan garam secukup rasa.
5. Gaulkan bagi sebati dan siap!



tadaaaa! inilah spageti saya.
alhamdulillah, sedap-sedap.
cuma saya buat ni termasin sikit., tapi sedap=P
agak-agak kalau perform dalam masterchef ni, mesti dia cakap, "Bagus bagus, hidangan awak cukup warna".haha beranganXD
broccoli tu saya main tambah sesuka hati je. hehe

ohh saya nak bagi tips sikit ni supaya tak termasin.
masa dah tumis2 dan dah masukkan makanan laut/sayur-sayur, jangan letak garam dulu. garam perlu letak kemudian.
kesilapan saya ni lah yang buat spageti saya termasin sikit(masin sikit je pon, still boleh makan dan sedap).
so, untuk mengelakkan kejadian seperti ini, letak garam last sekali ye.
haha malu gila sebab baru tau cara nak buat spageti yang senang gila ni.
dan ini adalah pertama kali saya masak clam tu hidup-hidup(am i a killer?O.O).
haha tapi jangan risau, dia tak melompat-lompat pon.
ok je hehe saya yang penakut terlebih.
dan,
SELAMAT MENCUBA^^

p/s: tips basuh clam: rendam dalam air garam(banyak) dalam 30minit sebelum masak untuk keluarkan kotoran-kotoran dia. kredit to Kak Ecah!=)