soup.?

soup.?

Saturday, June 18, 2011

homemade Yong Tau Fu!!!XD

hai hai assalamualaikum semua=)
minggu lepas, sy ade try buat yong tau fu ni..
hehe sedaplah untuk sendiri makan dan buat lepas kempunan..
balik mesia mase cuti aritu pon, nk mkn yong tau fu sedap tu xde..
ni yg try cari resipi dan try buat sendiri..
Alhamdulillah menjadi jugak..hehe
haa kat bwh ni ade resipinye..
bolehla usha2 ye..senang je buat, x susah mane pon..=)

Sup Yong Tau Fu
Bahan-bahan:
-2liter air
-ikan bilis(blend smpi lumat)<--sy guna ni sbg ganti utk stok ikan bilis/pati ikan bilis
-2 ulas bwg putih(ditumbuk lumat)
-1 inch halia(ditumbuk lumat)
-1 sudu besar minyak bijan
-garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan-bahan sampai mendidih..
2. Bila mendidih, adjust rasa dengan garam.
3. Kemudian, bolehlah rebus bahan-bahan yong tau fu seperti chikuwa, ketam, bebola-bebola, cendawan, kangkung dan apa-apa lagi ikut kesukaan.


Sos Yong Tau Fu
Bahan-bahan:
-10 tangkai cili kering(ikut kesukaan, kalau nak pedas letakla lg byk)
-gula melaka/gula perang
-bijan goreng
-gula(kalau kurang manis)
-1 sudu kecil garam
-3cm belacan
-300ml air
-sedikit minyak masak
-1 1/2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 50ml air)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cili kering sampai garing.
2. Kemudian, kisar cili kering yg digoreng garing tadi dengan sedikit air.
3. Sementara itu, panaskan air bersama gula melaka dan masukkan cili kering yang dikisar tadi serta belacan.
4. Adjust rasa dengan garam dan gula. 
5. Akhir sekali, taburkan bijan goreng dan sedia dimakan.

inilah hasil yong tau fu buatan sendiri sy..hihi
berkali-kali makan ni..sebab memang suka yong tau fu=)

p/s: dalam resipi sy tengok ade menggunakan ajinomoto..tp sy x galakkan sbb msg ni mmg x elok untuk kesihatan pon kan..untuk pengetahuan, sy masak mmg x penah pakai ajinomoto..ok je rasenye=)
lagi satu, slalunye kalau masak ikut resipi internet ni, sy suke adjust rase die ikut selera sy dan kesesuaian bahan2 yg ade..sbb tu la xde stok ikan bilis, sy pakai ikan bilis yg di blend..hehe
yela, hidup dekat negara orang ni bukan semua bahan sama macam mesia kan..
so, kalau sape2 nak try buat, sy sgt syorkan utk cube resipi ni sbb mmg senang dan sedap..=)
akhir kata,

Selamat Mencuba dan Selamat Makan!!!

credit: resipi di ambil dari sini dan sini

Wednesday, June 8, 2011

cupcakes=D

sebelum decorate

selepas decorate

this decorating thing excites me
sangat sangat sangat suke hehe
yeayyy lenkali nk buat mcm lg la..=)

Tuesday, June 7, 2011

Blackpepper Chicken Pie

hai hai assalamualaikum..
hari ni saya nak ajar macam mana cara-cara nak buat pai ayam berlada hitam ni..=)
resipi-resipi ni saya amek dari tenet je..
then, rasa die pulak saya adjust2 sesuka hati ikut kesukaan..
disebabkan saya suka pedas, saya letak cili api mase masak inti pai..
tapi bile da siap masak, saya keluarkan cili2 tu sume sbb takut tergigit nanti..hehe
ok, mari kita tengok resipinya..=)

Inti Pai
Bahan-bahan:
- Ayam yg dipotong kecil-kecil/minced chicken-ikutlah nak letak berapa banyak pun, ikut kesukaan.
- Kentang-3/4 biji saiz sederhana, potong dadu
- Bawang besar-sebiji, potong dadu
- Blackpepper dan garam-secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus kentang yang dah dipotong dadu tadi dengan sedikit garam sampai kentang empuk. Jangan sampai benyek tau.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
3. Tumis sampai naik bau kemudian masukkan ayam cincang.
4. Tunggu sampai ayam masak barulah masukkan kentang yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan kentang tersebut.
5. Agak-agak macam dah masak, masukkan black pepper dan garam secukup rasa. 


Kulit Pai
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan butter(softened)
- 1/2 cawan susu segar sejuk
- 1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Gaulkan tepung dan garam biar sebati.
2. Kemudian masukkan butter dan gaul biar jadi berketul-ketul.
3. Masukkan susu segar dan gaul adunan biar sampai jadi doh. Agak-agak terlembik atau terkeras pandai-pandai la adjust ye. Orang kate, kalau nak kulit pai yang rangup, letak dalam peti sejuk lebih kurang sejam.


Blackpepper Chicken Pie

Bila dah siap inti dan kulit pai, canai doh kulit pai lebih kurang 3-4mm tebal. Lepas tu masukkan doh yang dah dicanai tu ke dalam bekas pai dan ratakan(bekas pai boleh beli kat kedai 100yen je.hehe). Lebihan doh di tepi-tepi bekas pai bolehlah digunting atau dibuang biar nampak kemas. Kemudian barulah masukkan inti pai tapi jangan lah terlampau penuh sangat ye. Bila dah masukkan inti pai, canai doh lagi lebih kurang ketebalan yang sama dan letakkan di bahagian atas pai supaya tertutup. Tekan sikit-sikit di sekeliling pai biar doh bbahagian atas dan bawah bercantum. Kemudian bolehla dimasukkan ke dalam microwave dan dibakar pada suhu 200darjah selama 30minit. Sebelum tu jangan lupa panaskan dulu microwave ye lebih kurang 5 minit. Kalau nak cantik, sapukan bahagian atas pai dengan kuning telur.



tadaaaaa!!!!!inilah hasilnye..nampak sedap tak?hehe
sangatlah sedap dimakan ketika masih panas..dah sejuk nant takut kulit pai jadi liat..
jadi, 

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MAKAN!!!=D

credit:resipi diambil dari sini dan sini