soup.?

soup.?

Saturday, November 19, 2011

Traffic Light Cake Recipe

hai hai assalamualaikum semua!
yeayyy, seronok dapat buat kek ni..
actually, nak buat rainbow cake yg ade byk colour tu.
oleh disebabkan keadaan pewarna yg tiada, maka terhasil lah kek lampu isyarat ni.
tiada di mana-mana sebab saya cipta sendiri 'Traffic Light Cake' ni=P
ala, resipi sume same je just saya adjust colour die then bagi nama sendiri. ngehehehe

ok2, back to main topic, recipe recipe!

sebelum tu, saya nak share link resipi asal. ada tiga. sini, sini, dan sini ok.
dibandingkan ketiga-tiga resipi tu, saya buat resipi sendiri ikut suka hati saya.
muahahaha
sebab saya buat setengah adunan je. almaklumlah, loyang kecik.
seb bek menjadi cume kek saya x gebu mcm resipi yang pertama tu.
mungkin sebab saya kurangkan telur kot?5 bhg 2 jadi 2 stgh. so saya kurangkan yang setengah tu. hihi
alah xpelah, sedap je kek saya ni. hehe

Traffic Light Cake
Bahan-bahan:
3 cawan tepung
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan unsalted butter(saya pakai butter biasa je)
21/3 cawan gula(boleh adjust ikut suka rasa ye)
5 biji putih telur(saya malas so saya masuk jugak kuning telur tu)
2 sudu kecil esen vanilla
11/2 cawan susu segar
pewarna hijau, kuning, merah(sebab kek lampu isyarat ye)

Cara-cara:
1. Ayak tepung, baking powder, dan garam.
2. Pukul butter dan gula sampai jadi berkrim.
3. Kemudian, masukkan telur dan teruskan pukulan.
4. Masukkan pula esen vanilla dan pukul biar sebati.
5. Lepas tu, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu sampai habis.
6. Bila dah sebati semuanya, asingkan adunan kepada 3 bahagian yang sama rata dan masukkan pewarna ke dalamnya.
7. Bakar satu persatu adunan kek tu pada suhu 180darjah celcius dalam 15-18 minit.
8. Dah siap bakar kesemuanya, sejukkan dulu baru boleh lapis-lapiskan dengan creamcheese frosting dan layer yang lain. dah siap lapis-lapis, sapu lebihan creamcheese pada keseluruhan kek tu ye.
9. Tadaaa, siaplah. sejukkan lebih kurang 30minit sebelum dimakan ye.

Creamcheese frosting
Bahan-bahan:
1/2 cawan butter(biarkan pada suhu bilik)
8ounce(230g) creamcheese(biarkan pada suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanilla
21/2 cawan gula

Cara-cara:
1. Pukul butter sampai lembut.
2. Masukkan pula creamcheese dan pukul lagi sampai lembut dan sebati.
3. Diikuti dengan esen vanilla dan seterusnya gula. Pukul sampai jadi krim lah ye dan siap!oh, saya ada tambah lemon juice sikit untuk buat rasa kurang muak(tips daripada kawan).


jeng jeng jeng!inilah kek lampu isyarat saya!hihihi
ohh btw, saya buat ni setengah adunan je tau. semua bahan-bahan tu saya bahagi dua. hehe
so kalau buat byk2, same jugaklah kot kan?

SELAMAT MENCUBA^_^

p/s: ade sedikit pesanan penaja. hehe. utk keselamatan, memang kene tunggu kek betul2 sejuk baru leh letak frosting dari satu layer ke layer yang lain. sebab tadi bila saya terus buat semua layer, kek tu joget-joget. haha. saya pun cepat-cepatlah letak dalam fridge untuk bagi die keras.lepas tu, saya td main buat je. xde selang seli masuk tepung dengan susu. mungkin sebab tu kot kek saya x gebu. jadi, ikutlah cara-cara yang betul je. hehe almaklumlah, tangan penat dah mengacau. takde mixer, malas nak pegi pinjam. hehe

ohh sebarang pertanyaan boleh tanya saya ye. insyaAllah saya tolong setakat yang mampu=)
ok bai!

pssttt, ni dinner saya kul 10 td. lewat betul kan?haha
yelah, siapkan kek, masak dinner, basuh2, mandi then barulah sempat nak dinner.
bihun tomyam putih segera pedas=D