soup.?

soup.?

Thursday, October 4, 2012

Resepi Ayam Blackpepper Rendang Style

Hai sume! Assalamualaikum!=)
Hari ni kita nak update resepi sikit.
Resepi cuba2 sendiri lepas tengok sepupu masak ni masa kat kampung hari tu.

Bahan-bahan:
-Ayam
-Bawang besar
-Bawang putih
-Halia
-Blackpepper
-Kunyit serbuk(sikit je sbb kalau byk2 nanti rasa kunyit)
-Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan semua bahan-bahan. Kemudian kisar bawang besar, bawang putih, dan halia.
2. Tumiskan bahan kisar tadi sampai garing(pecah minyak dan naik bau).
3. Lepas tu, masukkan blackpepper dan serbuk kunyit. Kacau-kacau sikit kemudian masukkan ayam. Ayam ni tak perlu goreng dulu sebab nanti keras.
4. Gaulkan biar sebati pastu masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan atas dapur lama sikit sampai ayam masak dan kuah pekat sikit. Sedia dimakan dengan nasi putih panas.

Tadaaa! Nampak macam rendang kan? Tapi tak pedas langsung pun ni sebab takde guna cili. 
Selamat mencuba lah ye! Apa-apa soalan boleh tanya saya;)


Sunday, May 27, 2012

My Recipes

hai hai assalamualaikum.
disebabkan saya x buat tag utk resipi, rase macam nak list kan resipi2 yang pernah tertaip kat blog ni. hehe
saje takde keje=P

Daging masak lemak cili api
Asam Pedas Ikan
Chicken Chop and Mashed potato
Udang masak cili api
Cookies and Cream Cheesecake Cupcakes
Homemade Yong Tau Fu
Blackpepper Chicken Pie
Grilled Blackpepper Mushroom Chicken Chop
Nasi Hujan Panas dan Ayam masak pedas dengan cendawan
Cheesecake
Traffic Light Cake
Milo Pudding
My Strawberry Cupcake
Aglio Olio Spaghetty
Ayam Masak Pedas dan Sup Cendawan
Ayam Bakar versi ibu
Red Velvet Cupcakes 

sebenarnye tujuan tulis resipi banyak2 kat blog ni bukan sebab nak jadi masterchef ke ape ke(kalau ade peluang ape salahnye kan?hehe), saya saje buat rekod so next time nak masak boleh cari resipi kat blog sendiri je. plus kadang-kadang kawan-kawan mintak resipi, so alaing-alang tu taiplah kat sini terus, senang. untuk anak cucu jugak hehehe insyaAllah kalau panjang umur.
tapi sejak dua tahun lebih menjejakkan kaki dalam bidang masak-memasak ni, byk je resipi2 kat atas tu yang saya dah perbaiki. contoh macam resipi asam pedas. resipi yang dah diperbaiki kalau nak boleh request eh. hehe
btw, agak2 ade yang nak request resipi saya leh bagi kalau saya pernah buat. jangan segan-segan ye:)
oklah, tata^^

Resipi Kek Batik

hai hai assalamualaikum:)
hari ni saya nak kongsi resipi kek batik.
as requested from friends.
actually belajar buat kek batik since form4.
belajar daripada cik farah ani kitela hihi
siap buat jualan homeroom lagi kat sekolah dulu.

Bahan-bahan(loyang saiz 15cm diameter):
100gm Butter
1 bar coklat masakan(kalau xde boleh pakai coklat Meiji 3 bar ok kot sbb nipis kan atau pun pakai milo 1cawan)
1 sudu serbuk coklat(x nak letak pon xpe. letak sbb nak bg ade rase dark chocolate)
1 kotak biskut marie Morinaga(kalau kat mesia maybe pakai separuh paket kot)
1 biji telur
1/2 tin susu pekat(kalau kat jepun better pakai 3/4 tin susu pekat yg ade gambar lembu kaler merah tu)

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan cairkan butter.
2. Kemudian, bile butter dah cair, masukkan coklat/milo(kalau pakai milo better sebatikan dgn air dulu sbb takut berketul), serbuk koko dan susu pekat, masak sampai semua bahan cair dan sebati.
3. Tutup api, biarkan bahan td sejuk sikit lebih kurang 5minit ok kot. Sementara tu, pukul telur yang sebiji td. Agak2, bahan dlm kuali dah sejuk sikit baru masukkan telur yg dah dipukul td pastu gaul sebati cepat-cepat. Kalau masukkan mase tgh panas2, boleh jd telur dadar nanti. hehe pandai2 lah ye. agak-agak kalau telur ade ketul kecik sikit2 boleh dimaafkan kot. Then, boleh la bukak api perlahan ye.
4. Masukkan pula biskut marie yang dipatahkan kepada 4 bahagian. gaulkan sebati biar semua bahagian biskut kene coklat. Tutup api.
5. Tuang semua bahan tadi dalam loyang, tekan2 guna sudu dan ratakan dalam loyang tu. Sejukkan dan sedia di makan. Sejukkan kat suhu bilik je pon dah ok.




p/s: bahan-bahan ni untuk adunan yg sikit je. so kalau nak banyak double or triple kan lah ye^^
p/s/s: kalau usha kat web resipi, byk je cara2 nak buat kek batik ni. macam2 jenis ade. tp insyaAllah resipi saya dapat ni mmg sedap=D


SELAMAT MENCUBA!=)

Sunday, April 8, 2012

Ayam Bakar Versi Ibu

assalamualaikum hai hai semua:)
setelah lama menyepi, akhirnya lysa kembali utk ruangan resipi hehe
aritu sy pernah cube buat ayam bakar, tapi x sedap sangat.
bile balik cuti kat mesia aritu, sy buat ayam bakar dgn ibu.
sy cume ajar nak bakar gune microwave je. yg len2 ibu yg sediakan hehe
ayam memang marvellous la hihi

so ni nak share resipi

Ayam Bakar Versi Ibu


Bahan-bahan:
-seekor ayam yg disembelih dan dibersihkan(kalau x seekor pon xpe kot)
-bawang putih
-halia
-serai
-jintan
-ketumbar
-kicap
-garam dan gula secukup rasa
-sedikit madu

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan di atas kecuali madu. Masa nak kisar tu, jangan letak air banyak-banyak. Gunakan kicap dan tambah sedikit sahaja air sebab nanti air byk x sedap.
2. Gaulkan semua bahan dengan ayam sehingga sebati. Pastu baru sapukan madu atas ayam tu. (jangan letak gula byk sgt sbb nanti ade madu lg kan)
3. Bakar dalam oven 200degree 35minit pertama dan 35minit lg bila terbalikkan ayam tu.

yg ni buat ngan ibu kat rumah aritu.

yg ni semalam sy buat sendiri

sorila gambar seekor ayam yang dibakar tu x amek pulak..
btw selamat mencuba lah ye^^

Monday, January 30, 2012

Ayam Masak Pedas & Sup Cendawan

hai hai assalamualaikum semua^^
dah lame rasenye saya menyepi kan kan?hehe
ohh btw hari ni nak share resipi cubaan sendiri aritu..
resipi ni inspirasi dari kafe kolej 12 um, mase ktorg wat persediaan kat situ.

Ayam Masak Pedas
Bahan-bahan:
-bawang besar(hiris)
-bawang putih(hiris)
-halia(hiris)
-serai(hiris)
-cili api(hiris)
-ayam(potong kecik2)
-sos cili, sos tiram dan kicap secukup rasa
-garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan hirisan sampai naik bau.
2. Masukkan ayam dan biar sampai ayam hampir masak.
3. Masukkan pula sos cili, sos tiram dan kicap sedikit demi sedikit ye sebab kalau kurang rasa baru tambah lagi. Biar rasa stabil barulah masukkan garam dan gula secukup rasa.


Sup Cendawan
Bahan-bahan:
-cendawan(potonglah cara ape sekalipun)
-bawang besar(hiris)
-bawang putih(hiris)
-kiub/pati ikan bilis(jgn letak byk2)
-serbuk lada sulah/lada hitam
-garam
-sayur lain spt lobak merah etc(optional)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan sampai naik bau.
2. Masukkan air dan cendawan (dan sayuran lain). Biar sampai mendidih. Kalau beli shiitake, seeloknya rebus dulu dan buang air rebusan die sbb shiitake ade bau yg kuat kan. kalau cendawan jenis lain x payah pon xpe.
3. Masukkan pula kiub/pati ikan bilis, serbuk lada sulah/lada hitam, dan garam secukup rasa.

tadaaa!
sedia dihidangkan dengan nasi panas.
menu yang mudah dan senang, selamat mencuba!^^