soup.?

soup.?

Tuesday, November 15, 2011

Cheesecake Recipe

hai hai assalamualaikum semua:)
lame jugaklah kan saya tak update blog ni..
dekat seminggu lebih kurang..
so, hari ni saya nak share resipi cheesecake yang menggiurkan ni*gulp*=P
actually, dalam resipi takde pon base tu. saya yang pandai-pandai tambah sendiri.

Baked Cheesecake
Bahan-bahan:
Cake's Base
10-15keping Biskut Oreo(dibuang krimnya, kalau sayang nak buang makan je la.hehe)
Butter secukup rasa(bila digaul dengan biskut oreo, boleh mampat)

Cake
200g Creamcheese
60g Gula(5-6 sudu besar)
2biji Telur
150ml Krim(yang belum di'whip')
1-2sb Jus lemon
25g Tepung(2-4 sudu besar)

Cara-Cara:
Cake's Base
1. Hancurkan biskut-biskut oreo tu. Kalau nak senang masukkan dlm plastik, dan hancurkanlah biskut tu.
2. Tuang biskut hancur tu dalam loyang dan gaulkan dengan butter secukupnya sehingga boleh dimampatkan dan diratakan. Boleh ratakan guna sudu lepas gaul2 dengan butter tu biar tiada ruang udara.
3. Bakar dalam oven sekejap lebih kurang 10minit pon ok. kalau guna microwave, panaskan dalam 30saat pada 500W. Lepas tu, keluarkan dari oven dan sejukkan kejap sebelum letak adunan kek.

p/s:disebabkan microwave saya tak boleh setting untuk Watt, saya guna oven je. masa pun agak2 je.so, pandai-pandailah adjust sendiri ok.


Cake
1. Biarkan creamcheese pada suhu bilik. Agak-agak dah tak keras berdentum tu, gaulkan creamcheese dan gula sampai jadi macam krim(tak keras dan tak cair, lembut-lembut je).
2. Kemudian masukkan telur, krim, tepung dan jus lemon. Masuk satu-satu boleh, masuk semua dan gaul rata pon boleh. Kacau sampai semua bahan tu rata ye dan tepung tak berketul-ketul.
3. Masukkan dalam loyang yang dah siap ade base tadi tu dan bakar dalam oven pada suhu 180darjah celsius selama lebih kurang 30-35minit.
4. Dah siap bakar, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

p/s: masa saya buat, kuantiti bahan-bahan saya adjust ikut suka hati saya. contoh gula dan jus lemon. letaklah ikut kesukaan masing-masing ye. kalau nak masam, letak jus lemon lebih. kalau nak manis, letak gula lebih. kalau nak kek mampat dan padat, letak tepung lebih sikit(tapi jangan banyak sangat).

jeng jeng jeng, inilah hasil cake saya=)
saya buat setengah adunan je hari tu. dan kek saya comel je sbb buat sikit. hehe
alhamdulillah, rase sedap macam kat kedai(perasan). haha=P

akhir kata, 
SELAMAT MENCUBA!
sebarang pertanyaan boleh tanya saya ye. InsyaAllah saya tolong setakat yang boleh sebab saya taklah hebat mana pun..^_^